PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN: KARNIVAL INOVASI DAN PENYELIDIKAN PERINGKAT ZON BARAT SABAH TAHUN 2021

84 Просмотры
Издатель
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL “KITA BACA” DAN PENGLIBATAN IBU BAPA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1 WIRA KETIKA PANDEMIK COVID-19


Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul bacaan dan penglibatan ibu bapa untuk meningkatkan kemahiran bacaan dalam kalangan murid-murid tahun 1 Wira semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Kajian tindakan ini melibatkan 34 orang murid, 34 orang ibu bapa dan seorang guru. Tinjauan awal telah dibuat ke atas keputusan ujian diagnostik dan temubual ibu bapa. Hasil keputusan ujian diagnostik pada awal tahun mendapati purata konstruk yang dikuasai murid tahun 1 Wira ialah pada konstruk 2 ke bawah iaitu seramai 20 orang murid, konstruk 4 ke atas seramai 16 orang murid dan hanya 2 orang murid menguasai konstruk 12. Hasil temubual terhadap ibu bapa pula mendapati bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk membimbing anak-anak menguasai kemahiran bacaan semasa berada di rumah. Berdasarkan maklumat tersebut, pengkaji telah mengambil pendekatan untuk menyediakan modul bacaan yang disusun merangkumi konstruk 1 sehingga konstruk 12. Bimbingan membaca menggunakan modul ini kemudiannya dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah dengan seliaan guru. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan prestasi murid di dalam penguasaan kemahiran membaca. Berdasarkan analisis senarai semak penguasaan literasi murid November 2020, didapati 85% murid yang menyertai kajian ini telah menguasai kemahiran membaca sehingga sekurang-kurangnya konstruk 3.
Категория
2020
Комментариев нет.